Kerajaan Perpaduan peringkat Wangsa Maju

Genap setahun kerajaan perpaduan dibentuk. Ketua-ketua parti dalam HARAPAN dan Barisan Nasional di Wangsa Maju berinsiatif untuk membentuk jaringan kerajaan perpaduan secara rasmi.

Sebenarnya selama ini hubungan antara parti agak akrab. Saya dan Datuk Seri Shafie, Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju merupakan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur; saya dan Datuk Sabtu Ketua Kawasan Amanah banyak bergerak bersama di Kampung Setia Jaya; saya dan Datuk Ng How Doo Ketua Bahagian MCA merupakan Penasihat bersama untuk Kampung Lee Kong Chian; saya dan Datuk Rama sering terlibat dalam kuil Sri Thirumurugan.

Meskipun tiada jaringan rasmi sebelum ini, kami sering bertembung untuk menyelesaikan isu komuniti setempat bersama.

Setahun dalam kerajaan perpaduan, jenama Malaysia Madani semakin terselah. Kami berjumpa sebelum ulangtahun ini, dan pasti berjumpa dengan lebih kerap lagi.

Selepas hati ini, saya percaya kami akan lebih senada untuk Wangsa Maju.