Kereta terbiar di Taman Melati

Pagi tadi, Cikgu Rosli menghubungi saya berkenaan dengan beberapa kenderaan terbiar di hadapan SK Taman Melati. Kesemua kenderaan telah usang dan cukai jalan didapati telah tamat tempoh.

Saya telah menghubungi DBKL. Notis telah dikeluarkan pada hari yang sama dan kini menunggu jadual tunda.