Kerja-kerja tar baru di Jalan 4/27A

Kerja-kerja tar baru di Jalan 4/27A, berhadapan Alpha Villa sedang dijalankan. Jalan ini merupakan jalan utama ke kawasan perumahan Desa Setapak dan Seksyen 2.

Kami telah mewartakan penurapan jalan ini dalam sesi ‘Townhall’ DBKL yang lepas. Jalan ini tidak pernah mendapat turapan baru sejak 15 tahun yang lalu.

Sila bersabar, atas segala kesulitan. Dijangka akan siap sebelum hari minggu ini. 🚗🚙🏍️🛵🚐🚛🚚