Kerja naiktaraf jalan di Jalan Sentul Pasar

Terdapat banyak aduan dan laporan mengenai isu Jalan Sentul Pasar yang sentiasa sesak serta kerja naiktaraf yang mengambil masa panjang. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya dihubungi oleh ramai pihak dan rakan media untuk perkembangan projek ini.

Saya memilih untuk turun sendiri, bersama Ir Ali Paiman Timbalan Pengarah Kanan JKAWS DBKL untuk memahami masalah ini. Turut hadir dengan saya adalah Sdr Jebat, AJK Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

Jarak sepanjang 500m jalan yang mendap, dan akibat aduan daripada penduduk setempat, DBKL memutus untuk membuat semula jalan ini. Kerja bukan sahaja turapan jalan, tetapi melibatkan banyak kerja pengorekkan bawah tanah yang longgar akibat paip utiliti yang bocor. Oleh kerana air bertakung bawah tanah bertahun lamanya, tanah semakin mendap.

Saya boleh memahami keresahan penduduk di Sky Awani dan Maxim yang berdekatan, bahkan kepada ramai penduduk di Kampung Padang Balang (Wangsa Maju) juga sering menggunakan jalan ini untuk ke pusat bandaraya.

Kawasan yang terlibat semakin luas, sehingga hanya satu laluan sahaja yang boleh dilalui menyebabkan kesesakan kenderaan sepanjang masa. Beberapa laporan akhbar telah mengupas isu ini, tetapi ia tidak mencerminkan kesukaran yang dihadapi DBKL.

Saya berharap masyarakat setempat agar memberi ruang untuk DBKL menyelesaikan kerja naik taraf ini. Ia dijangka akan siap sepenuhnya pada Disember 2024. Projek ini, sekiranya siap penuh nanti, Jalan Sentul Pasar akan menjadi lebih luas.

Tetapi, DBKL akan cuba mempercepatkan untuk mengembalikan laluan penuh. Malam ini, mereka akan membuat pemeriksaan – sekiranya paip utiliti tidak bocor, maka ia akan ditutup dengan ‘backfill’ serta turapan dijalankan pada malam yang sama juga. Pada masa yang sama, kerja diteruskan di kawasan yang lain.

Saya berharap agar pengguna jalan dapat bersabar, demi kebaikkan untuk jangka masa panjang. Saya precaya, rakan setugas saya di DBKL akan buat yang terbaik.

Leave a Reply