Kerja Pembersihan Dataran Ilmu Kampung Puah

Ramadhan 1 kami meninjau kerja pembersihan di Dataran Ilmu bersama penduduk Pn Rohani dan Professor Hamidah, dari Pertubuhn Kumpulan Mawaddah Muslimah Kampung Puah.

Bulan lepas, kami mengutus surat kepada Datuk Bandar supaya kawasan disini harus dibersihkan secepat mungkin menjelang ketibaan bulan puasa.

Kerja pembersihan mula berlangsung semalam dengan membersihkan semak samun dan sampah sarap di parit tanah belakang pusat mengaji.

Selepas ini, berhasrat untuk memohon pembinaan struktur jaringan parit yang lebih sesuai demi kesejahteraan penduduk setempat.