Kerosakan Masjid Zaid bin Haritsah

Masjid Zaid bin Haritsah di Batu 4, Jalan Gombak mengalami kerosakan akibat pembinaan bangunan di sebelah. Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju berkunjung ke premis dengan pengerusi surau, Hj Aizul, Ketua Ranting KEADILAN Gombak Utara, Sdr Tajul Amin bersama wakil pemaju untuk mencari penyelesaian bersama.

Wakil MAIWP, Tn Hasan Basri juga hadir. Pihak masjid khuatir keselematan murid-murid tadika yang bakal kembali ke sekolah pada 8hb Mac nanti.

Hasil perbincangan adalah; pihak pemaju akan memastikan pemasangan ‘catchement/safety net’ yang lebih banyak dan meletak seorang pekerja dalam kawasan masjid untuk memastikan tidak ada barang yang jatuh ke dalam premis masjid.