Kes Rasuah yang akan Sentiasa Diungkit, Diulas dan Dihakimi Rakyat – Andre Lai

KES RASUAH YANG AKAN SENTIASA DIUNGKIT, DIULAS DAN DIHAKIMI RAKYAT

23 Ogos 2022 merupakan hari yang penuh bersejarah. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini merupakan satu kemenangan simbolik mempertahankan kedaulatan negara. Selama 4 tahun, mahkamah menjadi tempat permainan pasukan peguam licik Najib Razak untuk memperlekehkan sistem kehakiman negara. Bahkan hari-hari terakhir perbicaraan melihat Najib cuba mencabar hakim dan prosedur mahkamah, dengan niat untuk melenggahkan tempoh perbicaraan.

Mengimbas kembali, zaman pemerintahan BN sebelum PRU14 melihat regim pemerintah yang rasuah dan bongkak. Tidak disangka-sangka regim ‘too big too fail’ mampu tumbang, dan tidak pernah dalam minda kita bahawa seorang Perdana Menteri korup di Malaysia dapat dibawa ke muka pengadilan.

Sekiranya kemenangan terhadap kleptokrat di PRU14, tentunya tidak akan ada perubahan seperti yang dilihat hari ini. Meskipun kerajaan Pakatan HARAPAN hanya mampu bertahan sebanyak 22 bulan, namun reformasi institusi (institutional reform) yang menjadi asas penubuhan KEADILAN terus mendapat tempat dalam landasan politk negara.

Ramai yang berkorban termasuk Rafizi Ramli demi untuk membawa kes rasuah ke pengetahuan awam. Perbicaraan kes-kes rasuah seumpama ini, harus diteruskan tanpa campurtangan kuasa eksekutif agar integriti sistem perundangan negara dapat dipulihkan.

Kemenangan kes SRC hanyalah permulaan tapi ia mampu membawa impak kemerosotan persepsi awam terhadap BN. Kes rasuah seperti 1MDB dan LCS akan sentiasa diungkit, berulang kali diulas dan terus dihakimi rakyat.

Api reformasi harus terus membara demi kepentingan rakyat sejagat dan PRU15, pasti menjadI medan perang yang pasti menguburkan BN.

* Setelah Najib, siapa lagi yang bakal ikut jadi banduan?