Kesedaran Kitar Semula SMK Seksyen 2

Saya berada di SMK Seksyen 2 bersama ketua-ketua komuniti dan KRT di Seksyen 2 untuk kegiatan gotong royong sekolah.

Program kesedaran mesra hijau di kalangan pelajar mendapat sambutan yang amat merangsangkan. Malah sekolah ini pernah mendapat anugerah sekolah terbaik dalam program kitar semula sekolah.

Pn Ooi, penolong kanan sekolah membawa kami untuk melawat sekitar projek pertanian bandar, cat semula sekolah, pengagihan sampah pukal – semua yang diusahakan oleh pelajar sendiri.

Syabas kepada SMK Seksyen 2. Sambil itu, saya turut diberi pencerahan berkenaan dengan masalah infrastruktur sekolah. Saya berharap saya boleh membantu.

Leave a Reply