Ketetapan tindakan atas kutu parkir dan Hicks Flat

Mesyuarat bersama COB dan JPPH DBKL, atas permintaan Ahli Lembaga Penasihat DBKL untuk membuat ketetapan untuk isu kutu parking dan Hicks Flat.

Untuk kutu parking di sebuah kes di Cheras, saya berharap agar mereka pengutip kadar parking haram untuk didakwa terus, apatah lagi ia melibatkan warga asing.

Kes Hicks Flat yang dibawa oleh Pn Carmen Leong, juga boleh menggunakan akta yang sedia ada dalam Akta Kerajaan Tempatan. Kami syorkan tindakan diambil dengan kuasa jabatan masing-masing.

Apabila peringatan tidak berhasil, adalah satu petanda pelaku memperlekehkan pihak berkuasa. Polisi telah ditetapkan dan pihak DBKL harus tegas dalam isu berdepan pihak yang enggan berkerja sama.

Apa-apa keputusan tindakan tegas boleh menjadi rujukan di masa hadapan, selaras dengan reformasi institusi.

Saya percaya, Datuk Bandar bersetuju dengan ketetapan ini.

Leave a Reply