Kibarkan Jalur Gemilang di PPR Gombak Setia!

Hari Isnin yang cukup sibuk di PPR Gombak Setia. Selepas membuat perbincangan program Hari Kebangsaan dengan Kak Ana, saya berborak dengan jemaah surau, sebelum ke kedai Kak Long untuk mengedar Jalur Gemilang dan ‘banner’ warung baru.

‘Banner’ lama telah usang, maka sedikit isi hati daripada KEADILAN Wangsa Maju untuk ahli-ahli tegar parti. Ini diinspirasi oleh Napsiah Khamis Maharan. 😂

Ketua Wanita Haslinda Md Kasbullah juga turut serta dalam aktiviti hari ini. Semoga ia dapat merancakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan!