Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar

Memenuhi jemputan ke Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar ke 5, sempena Hari Ulangtahun Kelahiran beliau yang ke 133.

Program dirancang di hari ini, 14 April 2024 yang juga sambutan Tahun Baru India (Puthandu, Vishu, Ugadi, Vaisakhi).

Tetamu terhomat, tidak lain tidak bukan, Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Meskipun beliau hidup pada 1950an, namun ahli politik hari ini wajar mengambil ikthibar daripada pengalaman Dr Ambedkar dalam perjuangan beliau dalam merangka perlembagaan negara India yang baru merdeka masa itu.

Selain daripada penganjur YB Senator Saraswathy, ramai pemimpin parti berbangsa India turut hadir seperti YBTM Ramaman, YB Gunaraj, YB Manivanan dan YB Praba.

Saranan PM terhadap komuniti India di Malaysia memang tepat pada masa. Semoga semangat Dr Ambedkar dapat dicontohi dalam era Malaysia Madani.

Leave a Reply