Konvoi Jemputan Tahun Melawat Melaka 2024 di Kuala Lumpur

Kumpulan Konvoi Jemputan Tahun Melawat Melaka 2024 tiba di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur

Konvoi jemputan diketuai oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zain, Timbalan Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan telah disambut oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi persinggahan Konvoi jemputan ini dalam rangka jelajah mereka bagi mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024. Bermula pada 19 November lepas dari Manjung, Perak diikuti beberapa buah negeri lain  seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Destinasi terakhir dituju selepas ini adalah ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebagai pengisian di Kuala Lumpur, telah diadakan acara penanaman Pokok Melaka sebagai simbolik persahabatan yang terjalin sejak sekian lama di antara kedua buah bandar raya.

Turut hadir di majlis sama adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), YBrs. Tpr Tuan Saifudin Ab Karim, YDP @Majlis Perbandaran Alor Gajah, YBrs. Tuan Rosemanizam Mohd Nalif, YDP  Majlis Perbandaran Jasin, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur serta pengarah-pengarah jabatan dalaman DBKL.

Jadi jom mula belek-belek kalendar tahun 2024, kita tetapkan tarikh sesuai untuk kita dan keluarga melancong ke Melaka, negeri penuh sejarah dan tradisi dengan keunikannya yang tersendiri .

#TahunMelawatMelaka2024
#KLBandarUntukSemua
#bandarmampanbandarsejahtera