Kunjungan Deepavali di Ampang

Kami berbesar dijemput hadir ke sambutan Deepavali Sdr Sunder Vel di Ampang Campuran.YB Altimet juga hadir bersama pegawai-pegawainya.

Untuk pengetahuan semua, rumah Sunder terletak di belakang SK Ampang Campuran di mana saya menerima pendidikan sekolah rendah.

Sdr Sunder, merupakan penggerak masyarakat India KEADILAN Ampang. Kami bersama-sama terlibat dalam kempen PRN Selangor baru-baru ini dan memenangkan YB Altimet dalam DUN Lembah Jaya.

Dunia sememangnya kecil. Sunder juga saudara kepada keluarga Kugen, yang menetap di PPR Gombak Setia. Mereka antara ahli yang memenangkan saya di dalam pemilihan KEADILAN Wangsa Maju tahun lepas. Anak Sunder, Mathu masih menuntut pengajian tinggi di TAR UMT di Wangsa Maju.

Hari Deepavali tahun ini juga harijadi isteri Sunder. Dia tidak sihat baru-baru ini tetapi saya berpesan, saya ingin sekali lagi merasakan sambal udang pada Deepavali tahun depan.

Selamat Hari Jadi Madam dan Selamat Hari Deepavali.