LA21 dan kebun bandar di PPR Gombak Setia

Meluangkan masa bersama rakan-rakan kebun di PPR Gombak Setia anjuran KRT dan persatuan penduduk. Pada masa yang sama pihak KKM juga turut hadir untuk sesi penerangan denggi.

Cuaca mengizinkan, cukup redup untuk BBQ waktu pagi. Oleh kerana kita telah menghampiri 2024, perasaan masing masing amat positif. Saya amat menggalakkan mereka untuk perbanyakkan aktiviti perkebunan untuk menyemarakkan lagi LA21, kebetulan berada di bawah jawatankuasa saya di DBKL.

Semoga segalanya baik untuk penduduk di PPR Gombak Setia dan Sri Kedah. Melalui majlis santai ini, maka bermulalah jelajah mengagih Kalendar 2024.