Lampu baru di Jalan Kempas

Tidak lama sebelum ini, saya mendapat aduan laluan gelap di lorong Jalan Kempas, Taman Setapak. Lorong ini merupakan pintasan jalan menghala ke arah Jalan Gombak dan keluar melalui Restoran Seri Wangi.

Kami berhubung dengan DBKL dan akhirnya penduduk di lorong ini mendapat lampu jalan yang baru beberapa hari yang lalu.

Mungkin tak ramai yang tahu, selama ini rumah-rumah ini tidak pernah mendapat lampu jalan sehingga Pn Joan menghubungi saya.