Lampu jalan & jalan diturap di PPR Gombak Setia

Kami menyusul masalah jalan rosak dan gelap kepada DBKL semasa melawat PPR Gombak Setia bulan lepas.

Dua minggu lalu, DBKL perumahan telah membuat penaiktarafan jalan dan memasang beberapa lampu LED yang baru di sepanjang jalan sebelah PPR.

Di samping itu, bonggol jalan ditambahka dan jalan bermasalah telah diturap semula. Penduduk sekitar amat gembira kerana jalan ini lebih selamat sekarang.