Laporan kejadian reinforcement column condong DUKE

LAPORAN KEJADIAN REINFORCEMENT COLUMN CONDONG DUKE

Semasa hendak memasukkan mould column, pihak kontraktor telah mendapati rebar telah condong sedikit demi sedikit ke arah tiang sebelah. Disebabkan keadaan rebar yang berat telah menyebabkan rebar tersebut condong ke arah jalan raya

Pihak Ekovest dan sub-kontraktor segera melakukan penutupan lorong dan mempercepatkan serta mengalihkan rebar tersebut ke dalam site.

Lokasi sebenarnya berada di Setiawangsa, tetapi dalam jajaran lebuhraya yang sama dengan Wangsa Maju. Jalan di buka semula pada jam 4.05 petang.

Walaubagaimana pun, saya masih lagi mendapat laporan awam dan mesej tular berkenaan dengan isu ini. Gambar ini mungkin menyebabkan warga kota panik.

Jangan risau. Isu telah beres. ✌️