Last 尾牙 of 2022

Hari ini saya memenuhi jemputan 尾牙 penganut Tua Li Pek di beberapa kawasan dalam Setapak. Walaupun saya bukan penganut, mereka dari komuniti setempat sering melibatkan saya dalam sambutan tokong mereka.

Setelah beberapa tahun, mereka kini menjadi sahabat dan ada yang telah menyertai KEADILAN.

Ia telah menjadi kewajipan saya sebagai wakil penduduk setiap hari ke 2 dan 16 haribulan mereka membuat upacara.

Hari ini agak istimewa kerana ia merupakan sembahyang yang terakhir untuk tahun ini. Kebiasaan ia disambut dengan penuh meriah dan kegembiraan kerana Tahun Baru Cina akan tiba dalam masa 2 minggu.

Terima kasih atas kerjasama selama ini. Semoga tahun Arnab Emas akan membawa berkat dan rahmat kepada semua.

* Gambar diambil di Tokong Tua Li Pek di Pasar Genting Kelang *