Lawatan ke rumah aktivis KEADILAN @ Changkat

Kami melawat Sdr Hisham di Taman Koperasi Polis 1 bersama pengerusi persatuan penduduk Hj Saringgat dan Ketua Ranting JDM Changkat Sdr Arief. Hisham merupakan seorang aktivis KEADILAN dan mendukung JDM Changkat untuk beberapa PRU.

Kami menyampaikan sebuah kerusi roda kepadanya. 2 minggu yang lalu, beliau terpaksa menjalankan pembedahan (kaki) kerana masalah diabetes kronik yang mengejut.

Namun beliau tetap ceria dan saya berharap boleh melihat beliau beraksi sekali lagi di PRU 15!