Lawatan ke Surau Al Ihsan Seksyen 2

Kami meluang masa bersama jemaah Surau Al Ihsan di Seksyen 2. Seksyen 2 merupakan satu kawasan yang luas dan padat dgn penduduk, namun ia merupakan satu-satunya surau Jumaat di kawasan ini.

Kami meninjau masalah yang mereka hadapi dan akan memperuntukkan pertolongan kepada mereka. YB Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah meluluskan sumbangan projek naik taraf surau, termasuk pembinaan kubah baru.

Terjumpa seorang kawan lama Hj Rashid sejak PRU13, yang masih sebahagian daripada AJK surau, walaupun beliau kini menetap di luar kawasan.