Lawatan ke ThinkCity Pulau Pinang

Meskipun lewat, tetapi pasukan DBKL tetap teruskan lawatan tapak yang dijadualkan oleh ThinkCity Penang.

Tujuan kami berada di Pulau Pinang adalah untuk mengkaji kebolehlaksanaan menjalankan ‘micro mobility’ di Kuala Lumpur. Datuk Bandar memberi arahan spesifik untuk menilai keberkesanan projek ini.

ThinkCity, dibawah Khazanah banyak menjalankan kerja naiktaraf pemulihan warisan di KL dan Pulau Pinang. Kami dibawa melawat kawasan penebatan banjir dan siarkaki diluar Fort Cornwallis.

Selepas itu, saya ke Chulia Street untuk makan malam bersama kawan YB Koay Teng Hai dan isteri. (Tiada gambar)

Leave a Reply