Lawatan Keluarga B40 di Setapak Indah Jaya

Bersama Meng Teck, kami melawat sebuah keluarga miskin yang menghadapi beban kos perubatan. Pn Teh (Bukan nama sebenar) terpaksa menjaga cucu yang mempunyai masalah pergerakan sejak kecil lagi

Anak kecil itu kini berumur 10 tahun namun tidak mampu bergerak. Ibunya terpaksa bekerja di luar kawasan. Menurut Pn Teh, kos perubatan anak kecil mencecah RM800 dan amat membebankan suaminya yang masih menjadi penjaja meskipun usianya yang telah meningkat.

Kami akan cuba mendapatkan bantuan JKM secepat mungkin.