Lawatan rasmi ke Hospital Rehabilitasi Cheras

Hari ini, secara rasminya saya membuat lawatan ke Hospital Rehabilitasi Cheras bersama rombongan Ahli Lembaga Pelawat Hospital. Kami telah meluangkan masa selama 2 jam untuk meninjau klinik, wad dan berinteraksi dengan pesakit di sini.

Hospital yang sebelum ini dikenali sebagai The Lady Templar mempunyai sejarah yang panjang. Kini, ia adalah sebuah hospital yang berteraskan rehabilitasi dengan jumlah 166 katil dan lebih daripada 29 klinik. Ia merupakan satu-satunya hospital kerajaan yang fokus dalam pemulihan.

Kami juga mengadakan perbincangan berkenaan dengan rancangan aktiviti tahun hadapan, antaranya adalah program Karvnival Kesihatan yang dijangka akan berlangsung pada akhir Januari. Dalam jangka masa yang panjang, kami juga berharap dapat menolong mendapatkan status Wellness Hub untuk hospital ini.

Rata-rata Ahli Lembaga Pelawat kali ini berusia agak muda, oleh itu kami mempunyai azam yang kuat untuk menjayakan program. Saya selaku Pengerusi berharap jawatankuasa kali ini boleh berfungsi dengan baik.

Sehari kami berada di sini. Pengalaman yang cukup baik.