Lawatan Tapak Cadangan Dewan Komuniti Flat Danau Kota

Hasil susulan mesyuarat dengan jabatan-jabatan berkaitan, hari ini Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berada di Flat Danau Kota bersama DBKL JPPH dan pejabat tanah dalam lawatan tapak cadangan pembinaan dewan komuniti.

Kami melihat keperluan sebuah dewan komuniti untuk penduduk Flat Danau Kota yang padat. Saya berharap cadangan ini dapat dimeteraikan.

Pengerusi dan mantan pengerusi, Sdr Kamarul dan Pak Deris turut hadir dalam perbincangan ini.