Lawatan Tapak Parit Runtuh Bersama Kg Kampung Kerdas dan Kg Lee Kong Chian

我和光前村村委会的陈先生,与隔壁雪州村的村长开会讨论沟渠排水问题。

Tn Hj Nasaruddin, Ketua Kampung Kerdas, Gombak telah berhubung dengan saya berkenaan dengan isu parit yang telah pecah di Kampung Lee Kong Chian. Kami hadir ke perbincangan singkat bersama En Tan selaku wakil Kampung Lee Kong Chian.

Walaupun Kampung Kerdas berada di Selangor, mereka berkongsi sistem pemparitan yang sama dengan Kampung Lee Kong Chian dan Kampung Sg Mulia.

Semenjak insiden parit runtuh 2 minggu lepas, Kg Kerdas mengalami banjir kilat yang serius. Satu sistem pemparitan yang baru akan diikhtiarkan. Terima kasih kepada Tn Hj yang ingin menawarkan jalan penyelesaian melalui bantuan MPS dan JPS. Saya percaya pihak Kampung Lee Kong Chian juga tiada halangan untuk projek ini.

Pada masa yang sama, kami juga akan mendapatkan maklumbalas daripada pihak DBKL JKAWS selepas perjumpaan pertama kami 2 minggu lepas. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4513995128619959&id=100000285493007)

Saya percaya, sekiranya dapat dimeteraikan inisiatif ini, ia akan memberi manfaatkan komuniti di Batu 5 dan 6 Jalan Gombak.