Lousang terlebih awal bersama Kg Lee Kong Chian

Memenuhi jemputan majlis makan Tahun Baru Cina bersama penduduk di Batu 5, Jalan Gombak. Tahun ini merupakan tahun Naga, tahun yang dikatakan membawa pembaharuan.

Kami lousang lebih awal tahun ini, kerana dijangka semua akan sibuk dalam seminggu lagi.

Saya amat gembira melihat enduduk-penduduk telah sebati dengan kehadiran KEADILAN dan kerajaan perpaduan. Semoga persahabatan dan kolaborasi ini dapat berkekalan.