Mahhabah Tahun Baru Cina Masjid Zaid bin Haritsah

大年初七人日被邀请到清真寺举办的农历新年团拜. 一个很好的体验, 类似活动能促进种族和谐,是非常值得赞赏的.

祝大家阖家幸福,国泰民安!

Memenuhi jemputan Mahhabah Tahun Baru Cina anjuran Masjid Zaid bin Haritsah. Usaha masjid mendekati penduduk Cina dalam sambutan kebudayaan patut dicontohi.

Dalam temuramah media bersama pengerusi Masjid Hj Aizul, saya memberitahu semangat muhibbah sebegini wajar digalakkan dalam era kerajaan Madani. Saya membesar di kalangan masyarakat majmuk pada 80an. Hubungan antara kaum pada hari ini, sememangnya harus dieratkan.

Dalam usaha menyantuni masyarakat, saya sering terlibat dalam kegiatan dalam kampung. Jalan Gombak merupakan rumah kepada 8 kampung termasuk Kampung Lee Kong Chian bermajoriti Cina (penempatan masyarakat India di Kampung Kerdas telah diroboh untuk memberi laluan pembangunan).

Bagi definisi saya, KEADILAN untuk semua dan segala sambutan kebudayaan harus disambut bersama. Saya mengalu-alukan usaha sedemikian dalam program akan datang.

Antara tetamu terhormat yang hadir dari JAWI, MPP dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Zahir Hassan. Terima kasih kepada mereka yang berusaha – Hidayah Foundation, KRT dan DBKL.

Selamat Tahun Baru Cina dan Salam Madani kepada semua!!!