Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana Madrasah Tarbiyah

Memenuhi jemputan Sdr Nacha, YDP Madrasah Tarbiyah untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana sempena sambutan bulan Ramadhan.

Dalam majlis ini, pihak madrasah telah melancarkan pembinaan dewan kuliah Hj Ishak Surin demi pembangunan pendidikan serta memperingati jasa arwah, yang juga pengasas madrasah.

Turut hadir adalah Imam Yoi, Ketua Kampung Banda Dalam, Sdr Khairul Bahri, Pengerusi PEWARGA dan Datuk Azman Maat, penduduk terhormat kampung.

Terima kasih kepada Nacha dan keluarga arwah kerana selalu menjemput saya ke program-progeam di Madrasah. Semoga persahabatan ini berkekalan.

Leave a Reply