Majlis Berbuka Puasa AMK & Pemuda Amanah Wangsa Maju

Memenuhi jemputan majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Amanah dan AMK Wangsa Maju, bersama pimpinan tertinggi HARAPAN Wangsa Maju.

Dalam ucapan ringkas sebelum majlis bermula, saya menekankan kerjasama anak muda dari Amanah dan KEADILAN dalam keluarga Pakatan HARAPAN telah menunjukkan kekuatan pimpinan sedia ada yang berkualiti.

Ramai yang telah kehilangan halatuju akibat Covid 19 dan suhu politik yang mendidih. Rakyat menunggu untuk PRU sebagai penentuan. Berpandukan hasrat rakyat, saya percaya KEADILAN dan Pakatan HARAPAN akan terus jadi relevan dalam arus politk negara.

Tidak perlu lihat jauh untuk mencari bakat, kerana kami telah ada pasukan anak muda yang berwibawa. Syabas Hafizuddin Amanah dan Azfa KEADILAN.

Wangsa Maju akan kami pertahankan.