Majlis Berbuka Puasa dengan pengerusi-pengerusi surau/masjid Wangsa Maju

Majlis Iftar bersama pengerusi-pengerusi surau di Parlimen Wangsa Maju. Setiap tahun, Ahl Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sentiasa dalam peringatan untuk membuat sumbangan tahunan kepada surau dan madrasah di dalam kawasan. Tahun ini juga tidak kecualian.

Sebagai satu pusat komuniti masyarakat, mereka jemaah antara yang paling mendekati komuniti setempat. Saya mengenali mereka secara peribadi dan percaya mereka mampu menjadi mata dan telinga terhadap isu-isu semasa.

KEADILAN Wangsa Maju menyambut baik usaha Ahli Parlimen dan berkomited untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan setiap lapisan masyarakat.

Tahun ini, kami nemperuntukkan tidak kurang daripada RM180 ribu dalam bentuk sumbangan tunai dan kerja-kerja infrastruktur seperti pembinaan kubah baru, pembinaan tempat letak kereta, penambahan khemah jemaah dan banyak lagi.

Usaha ini telah menjadi projek tahunan semenjak PRU14. Kami berharap, sumbangan ini dapat memberi suntikan semangat kepada para jemaah agar mereka mampu berfungsi dengan lebih efektif.