Majlis Berbuka Puasa di Kampung Padang Balang

Suasana Ramadhan di dalam kampung amat berbeza dengan berbuka puasa di dalam restoran. Kami berada di Kampung Banda’ Dalam untuk berbuka puasa bersama mesyuarat tempatan. Kali terakhir kami mengadakan majlis sebegini adalah 3 tahun lepas sebelum pandemik.

Kehadiran kami tidak lagi asing, memandangkan KEADILAN Wangsa Maju sering melawat jaringan kampung-kampung di Jalan Gombak; tidak kira untuk menghantar sumbangan mahupun kerja-kerja komuniti.

Tuan rumah majlis ini, Hj Ishak Surin kini nampaknya lebih cergas selepas mendapat rawatan di hospital. Saya berharap kesihatan beliau akan bertambah baik dan tidak sabar melihat beliau turun padang berceramah pada pilihanraya akan datang.