Majlis Berbuka Puasa di Kawasan 4B Taman Melati

Jelajah berbuka puasa tiba di Taman Melati, Blok B. Kami mengadakan majlis salam dewan Kawasan 4B Taman Melati, yang dipengerusi oleh Sdr Abu Bakar.

Saya turut menjemput pengerusi di kawasan jiran, Sdr Azhar dan rakan baik Sdr Ravi Pasar untuk turut serta dalam majlis ini.

Kami sering aktif berhubung dengan komuniti Flat Taman Melati. Terutamanya di masa pandemik, kami banyak menghantar bantuan dan menyelesaikan masalah infrastruktur awam di kawasan.

Selepas ini, ramai mula berkemas untuk balik kampung dan persediaan perayaan. Salam Aidilfitri kepada penduduk Wangsa Maju, khususnya Flat Taman Melati.