Majlis Berbuka Puasa Sri Langkawi 2

Saya berada di majlis Iftar dengan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju di Sri Langkawi 2 dan Datuk Sabtu Awab, Ketua Kawasan Amanah atas jemputan Azmee, Ketua Ranting kawasan.

Dalam majlis yang sama, kami sempat bersua dengan mereka ahli KEADILAN dari zaman tahun 2001 seperti Pak Mus, Mus Padang Balang, Rahim dan Rashid, yang kini pengerusi persatuan penduduk Sri Langkawi 2.

Satu majlis yang penuh nostalgia untuk mereka ahli lama. Mereka masih penuh semangat dan saya berharap melihat mereka kembali ke lapangan dalam PRU akan datang.