Majlis Buka Puasa di Madrasah Tarbiyah

Majlis berbuka puasa di Madrasah Tarbiyah, Jalan Gombak bersama penduduk dan jemaah surau. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri, oleh seorang sahabat Datuk Ramaya kepada penduduk Kg Banda Dalam

Tempat ini tidak asing untuk saya, kerana ramai kenalan di sini yang telah dijalin semenjak saya menerajui KEADILAN Wangsa Maju.

Terima kasih kepada YDP Madrasah, Sdr Nacha, Ketua Kampung Bdr Dalam Imam Yoi dan Pengerusi PEWARGA Khairul Bahri atas persahabatan mereka. Saya percaya, mereka boleh meneruskan legasi arwah Hj Ishak Surin.

Leave a Reply