Majlis Iftar M3 Mall

Memenuhi jemputan ke majlis Iftar pengurusan M3 Mall. Hari ini, sambutan dirai dengan badan kebajikan Rumah Permata Hatiku, Jalan Gombak bersama badan kerajaan beruniform dan komuniti setempat.

Melihat anak-anak kecil berlari keliling amat menggembirakan. Tidak sempat pula saya bergolek dengan mereka.

Saya bergegas ke majlis yang lain sebelum majlis bermula, dan Sdr Azmee Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju mewakili saya sampai penyempurnaan sambutan ini.

Ini juga merupakan projek Ramadhan pertama Pn Bell, pengurus kanan M3 Mall yang menggantikan Pn Mizi yang telah berkhidmat selama 5 tahun.

Semoga kami lebih banyak lagi peluang untuk bekerjasama.

Leave a Reply