Majlis Kesyukuran Perlantikan Perdana Menteri – 10

KEADILAN Wangsa Maju telah menyempurnakan majlis kesyukuran perlantikan Perdana Malaysia ke 10.

Dalam landskap politik kerajaan perpaduan, saya amat lega mendapat sokongan daripada semua untuk dapat terus berkhidmat. Saya bukan orang luar – kini masuk penggal ke 2 sebagai Ketua Cabang. Walau apa yang berlaku, struktur pimpinan parti mendahului semua dan telah menjadi tugasan saya untuk menyerlahkan imej parti di kalangan penduduk setempat.

Saya memilih tapak Pusat Mengaji Haji Ishak Surin di Kampung Puah sebagai lokasi majlis, kerana ia merupakan tempat yang amat bermakna kepada kami. Almarhum cikgu meninggal dunia pada 24 November 2022 pada umur hampir mencecah 90 tahun, di hari yang sama Dato Seri dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Dalam ucapan saya, saya menyifatkan Hj Ishak Surin sebagai tunggak masyarakat Jalan Gombak. Dalam perjuangan politiknya yang bermula dari zaman British, beliau sememangnya bapa politik kepada semua. Sememangnya, hasrat beliau adalah melihat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Walaupun program ini bukan mewah, tetapi ia mencapai objektifnya dalam merapatkan saf hubungan antara pemimpin dan penyokong KEADILAN/HARAPAN. Saya juga menjemput PADU dan PEWARGA, yang merupakan pertubuhan atas inisiatif almarhum.

Kebetulan, Ponggal bermula hari ini dan Tabun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi. Selamat Tahun Baru Perpaduan Malaysia kepada semua!

Semoga 2023, dapat membina semula Malaysia yang lebih hebat!

#DemiPertiwi