Majlis penghormatan kepada mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

Kami memenuhi jemputan ke Majlis Sanjungan Budi anjuran DBKL sebagai penghormatan kepada mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur di Hotel Grand Hyatt.

Datuk Bandar bersama ampir kesemua pengarah dan pengarah eksekutif turut hadir untuk meraikan kami Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, baru dan lama.

Ucapan daripada wakil mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, adalah satu pedoman kepada semua warga DBKL.

Terima kasih kepada semua. Salam berkenalan dan Salam Malaysia Madani. Saya berbisik kepada Datuk Nicole, kita pasti akan bertemu lagi kerana ini bukan majlis perpisahan.