Majlis penutupan Tadarus dna Khatam Al Quran Perdana di Wangsa Maju

Menyantuni penduduk di majlis penutupan program Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 2024 sempena sambutan Maal Hijrah 1 Muharram 1446 di Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia.

Penyertaan peserta Tadarus kali ini adalah dari qariah masjid-masjid setempat. Masyarakat di sini tidak asing dengan kehadiran saya di kalangan penduduk. Terima kasih kepada Hj Aizul, pengerusi masjid atas jemputan ini. Turut hadir bersama saya adalah Sdr Azmee, Naib Ketua dan Aidrus Musa, AJK Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, semua penduduk dalam keadaan sihat dan menjadi lebih baik sempena kedatangan tahun baru ini dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.

Salam Maal Hijrah 1446H.

Leave a Reply