Malam Jumaat bersama kerabat arwah Hj Ishak Surin

Masa cepat berlalu, genap satu tahun arwah ayahanda Cikgu Hj Ishak Surin kembali ke rahmahtullah. Malam Jumaat saya meluangkan masa di Madrasah Tarbiyah Jalan Gombak untuk majlis tahlil bersama rakan dan saudara mara arwah Cikgu.

Beliau tidak sempat melihat penubuhan kerajaan Malaysia Madani, meskipun beliau meninggal dunia pada hari yang sama perlantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 10.

Saya masih mengingati pesanan beliau, di saat saat sebelum beliau menghembus nafas terakhir. Pemergian beliau sememangnya satu kerugian kepada semua.

Hikayat hidup arwah Cikgu wajar dijadikan pedoman demi pembentukan Malaysia yang lebih baik. Saya percaya perjuangan beliau disambung melalui anak-anaknya Khairul Bahri Ishak, Imam Yoi dan sahabat keluarga Nacha.