Marhaban Ya Ramadan

Tahun 2023 menyaksikan perkembangan pesat dari segi pembangunan konsep Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu.

Dengan penekanan terhadap enam perkara iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan, konsep ini dapat dihayati seluruh rakyat terutamanya umat Islam yang akan menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak tidak lama lagi.

Tidak dapat dinafikan Ramadan kali ini sebenarnya bakal mencipta momen-momen bersejarah antaranya pelbagai inisiatif dan program penerapan konsep Malaysia Madani akan menjadi teras penghayatan bagi meneruskan agenda pembangunan sahsiah dan ekonomi negara.

Buat seluruh rakyat Malaysia, ayuh kita sambut ketibaan Ramadan tahun ini dengan terus menerapkan enam kriteria yang dinyatakan tadi sesuai dengan semangat berubah ke arah kebaikan dan melawan kezaliman pentadbiran terdahulu.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Marhaban Ya Ramadan!

Lai CH Andre
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju