Masalah air kotor di perumahan sekitar Jalan Madrasah

Mendapat panggilan daripada penduduk berkenaan dengan masalah air kotor di perumahan sekitar Jalan Madrasah. Walaupun ini bukan isu yang serius, tetapi ia berlaku di ambang Hari Raya Korban.

Mujurlah AirSelangor masih sudi menerima panggilan saya pada cuti perayaan ini, pihak teknikal segera membuat ‘flushing’ dan air kembali bersih.

Terima kasih kepada Hj Khair daripada persatuan penduduk PPR Gombak Setia yang masih lagi bertugas hari ini.