Masalah benteng sebelah Blok A Taman Melati harus diselesaikan segera

Abu dan Amy berkongsi dengan saya minggu lalu berkenaan dengan benteng di sebelah Blok A Taman Melati. Penduduk mengalami masalah apabila kontraktor meninggalkan kerja separuh jalan meskipun telah menerima bayaran.

Risiko sekarang amat besar apabila bertembung dengan musim tengkujuh sekarang. Air yang deras menyebabkan kebarangkalian tembok mungkin akan runtuh jika tidak diperkuatkan.

Syukur, kekangan yang dihadapi mereka telah dapat jalan penyelesaian hari ini. Saya berpesan kepada Abu, sambung kerja serta merta, keselamatan penduduk lebih penting.