Masalah di Padang Rekreasi Wangsa Budi

Kami ke Wangsa Budi bersama ketua JDM Wangsa Melawati Sdr Shaun Thenagaran dan Tn Meor, Pengurus Zon DBKL untuk meninjau isu padang rekreasi di Jalan Wangsa Budi 6.

Dari pihak persatuan, En Khairy telah memohon agar tapak kosong di padang boleh dijadikan padang bola sepak, memandangkan pasukan tempatan Budi FC yang kini menggunakannya untuk latihan harian mereka.

Sempat saya berbual dengan pemain bola dan boleh melihat kesungguhan anak-anak muda yang kebanyakkannya menetap di Wangsa Budi sendiri.

Pendapat saya, permohonan ini agak munasabah, oleh itu kami akan mendapatkan pengesahan daripada pihak DBKL secepat mungkin.

Saya berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.