Masalah jalan berlubang di sebelah M3 Mall

Saya turun padang bersama DBKL dan penduduk untuk meninjau isu jalan berlubang di sebelah M3 Mall dan Jalan Madrasah. Turut hadir bersama adalah Tn Hj Ridzwan, wakil daripada Melati Impian.

Penduduk di Melati Impian merupakan mangsa yang paling terasa.

Timbalan Pengarah JKAWS Tn Asham juga hadir dan kami telah memutuskan untuk menjalankan 2 projek secara serentak.

Pertama, penyambungan sistem longkang dari M3 Mall ke parit induk dalam masa terdekat. Oleh kerana air melimpah, turapan jalan tidak bertahan lama.

Kedua, jalan berlubang akan diselesaiman dengan kaedah ‘interlocking’ serta merta.