Masalah kenderaan usang tepi jalan di Kuala Lumpur

Disebalik kesibukan Tahun Baru Cina, kami Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berkunjung ke Kementerian Pengangkutan untuk membincangkan isu pelupusan kenderaan terbiar/usang di Kuala Lumpur.

Pn Carmen menolong kami mendapatkan slot perbincangan daripada YBM Kementerian Pengangkutan dan kami dijadualkan untuk berjumpa Tn Wan Asraf, Setiausaha Bahagian Darat. Carmen dan saya berada dalam Jawatankuasa Bandar Influsif & Saksama DBKL di bawah pengerusi Dr Bashir.

Sebenarnya, DBKL langsung tidak terlibat dalam proses pelupusan, bukan seperti yang disangka penduduk awam. Kekangan akta telah menetapkan hanya JPJ mempunyai kuasa mendapatkan perintah mahkamah untuk membolehkan proses perlupusan dijalankan.

Disamping itu, pihak DBKL tidak mempunyai akses untuk mendapatkan butiran kenderaan yang ditarik, hanya bergantung kepada proses manual dengan JPJ untuk mendapatkan butiran tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, banyak pencerahan yang bernas telah dikongsi dan telah kami maklum kepada Datuk Bandar untuk perangkaan jalan penyelesaian.

Satu ketetapan telah dicadangkan supaya pihak Kementerian Pengangkutan untuk memberi akses dan menurunkan kuasa penguatkuasaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Selama ini DBKL mengalami masalah dengan kenderaan yang ditunda ke depot. Sekiranya ia dapat dimeterai, maka masalah kenderaan usang di tepi jalan dapat dikurangkan.