Masalah naiktaraf di Jalan Kg Bandar Dalam

Satu insiden berlaku di Kampung Banda Dalam. Kontraktor pihak pemaju menjalankan kerja naik taraf pembangunan pembahagi jalan dan lampu jalan di Jalan Kampung Banda Dalam, meskipun jalan amat sempit.

Tidak ada libat urus dengan para penduduk, malah ketua kampung juga tidak dimaklumkan. Oleh kerana kontraktor ingin meneruskan kerja, ramai penduduk telah keluar untuk berdepan dengan mereka.

Suhu agak panas. Saya menyeru agar JPIF DBKL untuk meninjaukan kembali pelan ini, kerana jalan yang semakin sempit berserta lampu isyarat baru akan menyebabkan ketidaksenangan penduduk setempat.

Saya percaya kedua dua pihak kontraktor dan penduduk tidak ingin berganjak. Saya menghubungi Pengarah Eksekutif, Datuk Zul dan kita buat keputusan agar tidak meneruskan kerja ini buat sementara waktu.

Meskipun jalan ini telah menjadi laluan utama, saya rasa lampu isyarat di tengah-tengah pembahagi jalan tidak praktikal. Dan saya tidak setuju pembahagi jalan yang panjang. Permintaan penduduk kampung ada asasnya.

Kami akan berjumpa besok lagi. Diharap semua parti dapat hadir untuk mendapatkan penyelesaian menang-menang.

Leave a Reply