Masalah pembinaan projek di Kampung Sungai Mulia

Kami mendapat aduan daripada penduduk Kampung Sungai Mulia berkenaan dengan kesesakan jalan masuk ke kampung, akibat pembinaan 2 projek pembangunan.

Salah sebuah pembangunan cuba mendirikan ‘hoarding’ sehingga ke atas jalan. Selepas kehadiran pasukan YB, pihak kontraktor menarik balik struktur ‘hoarding’ ini

Selain daripada itu, didapat juga kereta-kereta dipercayai kepunyaan pekerja tapak meletak di tepi jalan menyebabkan jalan semakin sempit.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju telah meminta untuk sebuah mesyuarat bersama Datuk Bandar dan kedua-dua pihak pemaju untuk mencari jalan penyelesaian.