Masalah tangki air bocor Flat Sri Langkawi 2

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkunjung ke Flat Sri Langkawi 2 untuk meninjau masalah tangki air yang telah bocor.

Kami pernah membuat pembaikpulihan tangki yang berada di sebelah dewan. Kali ini, tangki di tingkat atas flat didapati telah bocor.

Kerosakan sebegini telah berlaku bertahun-tahun lamanya namun tidak ada inisiatif penyelesaian daripada pihak DBKL mahupun kerajaan.