Masalah tunggakan bil TNB penduduk

Salah satu isu yang di bawa oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ke Parlimen adalah isu bil utliti dalam tempoh PKPB.

Dalam tempoh Covid 19 yang masih merebak, dijangka ramai yang tidak mampu untuk melangsaikan bil atau hutang. TNB telah mengambil inisiatif untuk menangguhkan pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna domestik sehingga Disember 2020 walaupun mempunyai tunggakan.

* Selepas isu dibentang dalam Parlimen, Pengurus Besar TNB Kuala Lumpur En Ir Sivanas telah bertemu untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk di Wangsa Maju semalam berkenaan dengan bil tunggakan.