MATC Wangsa Maju 2020-2021

MATC Wangsa Maju 2020 dan 2021 telah berlangsung pada 2 April 2022. Saya berterima kasih kepada barisan AJK dan anggota KEADILAN di Wangsa Maju atas kerjasama selama 3 1/2 tahun ini.

Saya bersyukur mantan dan penyandang Bendahari Agung juga turut hadir sebagai tetamu jemputan. Datin Paduka Dr Tan, Ahli Parlimen Wangsa Maju merupakan seorang mentor, dan YB Lee Chean Chung, ADUN Semambu seorang kawan baik sebaya.

Tidak lupa juga mantan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju pertama pada tahun 1999 Pak Mus yang menjadi pengerusi tetap kami selama 3 tahun ini.

Dua sesi tambahan di buat hari ini; iaitu pengumuman latihan PACA dan garispanduan aplikasi ADIL.

Pasukan penganjur telah bertungkus lumus untuk membuat persediaan MATC ini – oleh itu mereka wajar mendapat satu hari cuti dan bersambung kerja pada hari Isnin… 😜

Secara rasminya berakhirlah penggal KEADILAN Wangsa Maju 2018-2021. Dengan sokongan semua, saya berharap mendapat mandat untuk menyandang jawatan Ketua Cabang sekali lagi.

Selepas kami akan melalui Pemilihan parti yang dijangka berlangsung sebelum PRU15. Banyak lagi usaha harus dicurahkan.

Ayuh Malaysia, marilah kita bina semula negara, bersama…